Khamis, 6 Oktober 2011

Lelaki – Pelindung atau Pelingkup Wanita?

Di bahu lelaki, terletaknya tanggungjawab lebih besar untuk mengemudi bahtera kehidupan. Malah di atas bahu ciptaan Allah jua, kita diminta untuk melindungi wanita, golongan yang lemah berbanding kita, kaum Adam.

‘Lelaki Pelindung Wanita’. Tema yang cukup mendalam. Benar, ia memberikan mesej yang ter lalu besar terutama kepada kaum adam. Lantas, mengapakah lelaki perlu menjadi pelindung kepada wanita?

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuanperempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah An-Nisaa’:34)

Firman Allah di atas secara jelas menyatakan bahawa lelaki menjadi pemimpin dan bertanggungjawab ke atas wanita. Maknanya bukan setakat menjadi ‘imam’ kepada golongan hawa. Malah tanggungjawab turut hadir seiring dengannya. Peranan mencari nafkah dan melindungi wanita terletak di bahu lelaki, apabila bergelar suami kelak. Namun, apa yang kita dapati ketika ini, ramai lelaki yang tidak memainkan tanggungjawab ini. Malah merekalah pula yang menjadi perosak kepada maruah wanita. Ini dapat dibuktikan apabila begitu banyak kes rogol yang meresahkan jiwa kita saban hari.

Wanita begitu mudah diperkotak-katikkan. Lebih malang, ada juga segelintir lelaki yang bertindak lebih kejam dan tidak bermaruah. Sudah lah merosakkan nilai kemanusiaan, mereka jugalah yang begitu rakus mengumpul kekayaan dengan memper dagangkanwanita. Nilai wanita seolah-olah dipijakpijak. Demi mendapatkan kepuasannafsu liar, wanita dibayar bagi memperdagangkan tubuh mereka. Sepatutnya maruah merekalah yang perlu kita perjuangkan dan jaga.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial