Isnin, 19 September 2011

RaYa dULu dan sEkaRaNg



Walaupun Aidilfitri semakin jauh meninggalkan kita kedengaran masih ada lagi yang buat rumah terbuka, yang pasti lepas ini kita akan menempuhi satu lagi hari yang penting iaitu Aidil Adha. Kita sekarang berada dalam dunia IT atau dunia cyber, dimana manusia berlumba-lumba mengumpulkan harta kekayaan tidak kira siang ataupun malam.

Masa duhulu tiada komputer, tiada telefon, tv pun hitam putih, yang pasti ada hanya radio rtm. Letrik pun kawasan maju sahaja yang ada bekalan, kawasan pendalaman rata-ratanya menggunakan pelita minyak tanah atau pun lampu gasolin. Pengangkutan hanya dikawasan bandar sahaja yang ada, manakala pengangkutan yang jauh menggunakan keretapi. Sudah tentunya basikal yang popular diwaktu itu. Waktu tu mungkin era 60 atau 70an.

Raya waktu itu sapa yang dapat banyak kad hariraya tentu kembang hidung. Penuh di dinding bilik bertampal atau bergantungan. Stem untuk kad raya waktu tu rasanya 10 atau 15 sen. Semakin besar kad raya semakin kembang la lubang hidung bila terima dari posmen. Sekarang guna SMS atau emel atau terus jer send kad raya melalui rangkaian sosial seperti facebook.

“MaAf yE c0z x aNtAr kaD rAyA. . ..sEBaB. . .
KaD= RM1.50….kena pilih n beli dulu.
SaMpUl=RM0.20…ikut saiz kad.
SeTeM=RM0.30…standard utk kad.
T0TAL = RM2.00 #

SMS 1sEn jEr..
..hehehehe..sElAmAt hAri rAyA aiDIlfitRi”

Selesai sembahyang raya biasanya adat menziarahi keluarga yang terdekat. Dulu mana ada transport canggih-canggih macam sekarang, hanya boleh menziarahi keluarga yang dekat-dekat sahaja, tak seperti sekarang sampai jalan jem terutama di jalan-jalan utama. Dulu mana ada “ops sikap”, yang mati eksiden pun mungkin ayam yang terlanggar pokok kerana lari dari kena dikorban untuk dibuat rendang.

Halaman rumah di perkampungan menjalar paling kurang sebuah kereta yang canggih dan berkilat. Kembang bulu ketiak Mak ayah bila tengok halaman rumahnya penuh dengan kenderaan anak-anaknya. Yelah semua anaknya bekerja dibandar metropolitan. Raya dulu-dulu anak yang kerja jauh-jauh hanyalah askar, balik pun naik keretapi. Kerana dulu mana ada peluang-peluang kerja seperti sekarang. Seminggu sahaja raya berlalu tinggallah kedua orangtua terkebil-kebil menunggu bilakah anak-anaknya akan kembali.

Kalau dulu selepas sahaja pengumuman di istiharkan yang esok adalah hari raya. Akan bergemalah meriam buluh di ceruk sana sini, tetapi sekarang tiada lagi kerana diharamkan atau pun tidak popular. Mercun bunga api menjadi kegilaan sekarang ini yang harganya ratusan ringgit sanggup dibeli walaupun ianya diharamkan sebagai ganti meriam buluh. Terpapar didada akhbar remaja putus jari kerana buatan mercun sendiri, inilah keghairahan raya sekarang .

Dalam tv bermacam sajian yang dihidangkan sempena raya. Berbagai bentuk hidangan dari nyanyian, drama, movie silih berganti. Sayang nak tinggal rancangan hiburan, tetunda mengunjungi kerumah mertua yang entah bila akan di kunjunginya. Dulu hanya ada radio, mana best seperti sekarang, ada tv1, tv2, tv3 ,tv7, tv8 bermacam tv lagi. Walau macammana pun kunjung-mengunjung tetap ada, kalau tidak tentunya jalan tidak jem.

Hidangan raya dulu seperti ketupat (samada dari daun palas,kelapa atau daun pisang), lemang , rendang ayam atau daging, nasi himpit semuanya dibuat sendiri. Sekarang ditambah lagi hidangan berbagai kuih-muih atau biskut-biskut raya yang dibuat sendiri tapi banyak yang di tempah atau beli sahaja. Air yang dihidang sekarang pun dibeli di kedai atau supermarket. Perut jenis kelas second…tunggu tandas la.

Walaupun suasana raya dulu dan sekarang berbeza tetapi ianya tetap meriah dan penuh bermakna bagi umat Islam, tak kira dimana jua berada. Orang yang benar-benar bertakwa akan sentiasa reda apa jua nikmat atau musibah yang Allah Taala beri, dia akan sentiasa bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati suasana hari raya.
..Akan tiba….Hari Raya Korban..

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial