Selasa, 17 Mei 2011

Mana lebih romantik..SMS atau Surat Cinta?

Surat Cinta memang telah lama meninggalkan zaman kegemilangannya pada sekitar penghujung tahun 90an, sekarang wujudnya teknologi canggih menyebabkan ramai pemuda - pemudi semakin kekurangan 'idea' untuk memupuk semangat cinta dalam hidup mereka sehingga Cinta menjadi lebih senang dan ringkas seperti mana bahasa SMS itu sendiri.

Banyak telco mudah alih telah memberikan pelbagai kemudahan mengenai ayat - ayat cinta seperti contoh " ON CINTA " dan hantarkan kepada 123456 dan dari situ mesej tersebut hanyalah di'forward'kan dengan hanya menambah sedikit ayat sahaja .

Dahulu , seorang pemuda yang ingin bercinta akan cuba untuk 'mengarang' sehingga larut malam ataupun ke subuh hanyalah untuk mencari ilham untuk digunakan dalam surat cinta yang khas ditujukan kepada insan yang dicintai . Dari situlah kita boleh nampak bahawa Cinta dahulu memang memerlukan kreativiti dan khayalan cinta yang tinggi sehingga menampakkan keinginan ataupun usaha yang tinggi.

Cinta sekarang sangatlah murah dan bukan dari segi nilai tetapi murah dari segi akal dan minda. Nilai surat cinta yang sempurna yang diterima oleh insan yang dicintai akan tetap disimpan rapi sehingga bertahun - tahun dan masih lagi kekal asal dalam simpanan , tidak seperti sekiranya luahan cinta daripada SMS akan mudah pudar dan akan hilang sekiranya ditekan butan "delete" .

_from web pengertian rindu_

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial