Sabtu, 28 Mei 2011

Kasih Sayang

Pada suatu hari, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut mengajar tentang kasih-sayang.

Pelajar: Macam mana kita nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana supaya kasih-sayang itu bekekalan?

Guru: Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depanmu.Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Pilih rumput yang paling cantik dan bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumputpun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata pilih yang paling cantik. Maka saya terus berjalan ke depan mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa lagi rumput yang paling cantik.

Mungkin ada di belakang tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu kata saya tidak boleh ke belakang semula, Maka tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu: Itulah jawapannya. Klaau kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan tidak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang kita sayang itu adalah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput itu…

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial