Jumaat, 8 April 2011

Abai Panggilan Minta Maklumat Peribadi

KUALA LUMPUR: Orang ramai di minta mengabaikan panggilan telefon, SMS dan e-mel yang meminta mendedahkan maklumat peribadi kerana dengan alasan akaun bank atau kad kredit diceroboh pihak ketiga.
Pengarah Komunikasi kumpulan persatuan penggguna Malaysia (fomca), Mohd Yusuf Abd.Rahman berkata, segala urusan berkaitan maklumat peribadi individu perlu dilakukan di kaunter bank terbabit.
Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai sendikir penipuan antara bangsa yang aktif sejak dua tahun lalu dan dipercayai didalangi Warga Taiwan.
Sendiket itu juga berjaya mengaut keuntungan kira-kira RM 10 juta membabitkan 200 mangsa.
“Penggunaan medium pengantara seperti telepon dan e-mel tidak boleh dipercayai berikutan ia bersifat maya malah kita juga tidak mengetahui siapa sebenarnya disebalik saluran itu. Jika benar akaun bank pengguna mengalami masalah seperti di ceroboh pihak ketiga, mereka tidak perlu panik kerana terdapat talian khas disediakan bank bertanyakan hal itu.” Katanya.

Harian Metro.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial