Jumaat, 2 Julai 2010

Room Suarahati Di facebook

Assalamualaikum pada pengunjung blog ROOM SUARAHATI. Harap semuanya sukses dalam kerjaya masing-masing,Disamping itu marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masyarakat dan rakyat Malaysia dapat hidup dengan sejahtera dan harmoni di negara ini. Salah satu aspek terpenting yang menyumbang keadaan ini adalah wujudnya perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama. SATU MALAYSIA.

Demi mengeratkan lagi perpaduan dan silaturahim di kalangan rakan SUARAHATI khasnya dan di kalangan rakyat Malaysia umumnya, kami rakan-rakan SUARAHATI membuat halaman khas di facebook.
Sila masuk ke link >>>>ROOM SUARAHATI.

Di situ bolehlah rakan-rakan, sahabat-sahabat, adinda maupun ayahanda dan bonda bersembang dengan posting dan komen-komen positif. Ajaran Islam mengajak kita berbicara dan berunding dengan cara yang baik melalui prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan.

Marilah kita sama-sama menggunakan jaluran ROOM SUARAHATI untuk mengekalkan kesinambungan nikmat perpaduan dalam usaha membangunkan bangsa, agama dan negara. Perpaduan membolehkan Malaysia mengecapi kemajuan dan kestabilan ekonomi dan politik hingga ke hari ini yang mana telah pun di segani dunia…Wassalam.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial