Jatuh cinta sudah tentulah amat indah dan mengasyikkan terutama apabila si pujaan hati turut memiliki perasaan dan keinginan sama.Tetapi, bagaimana pula apabila si dia tidak memiliki perasaan yang sama, bahkan hanya menganggap jalinan hubungan yang terbina itu atas nama persahabatan saja?
Ketika itu barangkali ada rasa malu bermukim di hati namun, anda harus meneruskan juga kelangsungan sebuah perhubungan tanpa perasaan.Saat cinta bertepuk sebelah tangan, tentu terasa pahitnya Tuhan saja yang tahu. Sedih, kecewa, malu dan pelbagai perasaan merona di jiwa sehingga anda berasakan tidak sanggup lagi berdepan dengannya.
Bagaimana agaknya hendak melunakkan diri sendiri untuk menerima hakikat bahawa semua itu hanyalah permainan perasaan? Bahkan banyak perkara boleh dilakukan demi mencari formula supaya mampu melenyapkan rasa itu.
Pada masa sama anda sendiri perlu bermuhasabah diri kerana mungkin ada sesuatu perkara yang harus dipelajari.Mungkin bersikap terlalu terburu-buru dan tidak rasional membuatkan anda tersilap langkah.
Anda seharusnya mengkaji diri mungkin si dia juga agak ‘terkejut’ dengan cara anda meluahkan bibit perasaan dan mungkin si dia juga memiliki perasaan yang sama, tetapi menyimpan saja. Atau mungkin dia juga ada ‘getar’ yang sama, tetapi tidak kuat untuk meluahkannya.
Dalam membina sebuah perhubungan yang intim, mungkin cara anda meluahkan itu tidak kena masa dan tempatnya. Atau mungkin si dia sedang dihimpit satu masalah sehingga mengganggu situasi diri sendiri.
Untuk itu, beberapa langkah berikut mungkin dapat dilakukan anda dan mungkin anda tersilap langkah, tetapi harus mencari langkah seterusnya untuk bertindak. Antaranya:
# Kenali si dia dengan lebih mendalam
Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah mengenal sang pujaan hati lebih dalam lagi. Untuk itu, anda perlu mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai si dia sama ada melalui lingkungan yang berada di sekitarnya atau pembicaraan langsung. Daripada maklumat yang diperoleh dapat membantu anda melangkah ke tahap selanjutnya.
# Jangan terlalu yakin
Apabila diteliti lebih jauh, ternyata si dia memiliki perhatian khusus terhadap anda, tetapi bukan bererti dia menyukai anda. Kadangkala lelaki sering salah mengertikan perhatian yang diberikan kaum hawa dan mereka harus menelan pil pahit ketika mengetahui anda hanya menganggapnya sebagai teman.
Anda pun perlu menerima takdir cinta yang ditolaknya.
# Jangan terburu-buru menyatakan perasaan
Ada baiknya anda menentukan waktu yang tepat untuk menyatakan perasaan.
Namun, bukan bererti semakin cepat anda menyatakannya semakin besar kesempatan yang dimiliki untuk merajuk cinta dengan si dia. Justeru yang harus dijadikan kayu ukur adalah soal ‘kedekatan’ anda dan si pujaan hati. Jika dia belum juga memberikan tanda-tanda tertentu, ada baiknya anda menyimpan saja niat untuk menyatakan rasa tulus anda kepadanya.
# Minta pendapat daripada teman
Jangan terburu-buru menyatakan perasaan anda kepadanya, tetapi tiada salahnya anda mendengarkan pendapat sahabat baik anda mengenai waktu yang tepat untuk mengungkapkan isi hati.
Sejujurnya anda perlu menunggu tanda-tanda tertentu yang diberikannya supaya tidak terjadi salah faham atau silap tafsiran.
# Sedikit terbuka
Meskipun anda menyukainya, usahakan tidak menyatakan perasaan cinta melalui bahasa tubuh. Anda perlu berani berbicara secara terbuka kalau saatnya dia benar-benar sudah bersedia untuk mengetahui perasaan anda yang sebenarnya.
Tidak kira sama ada dia lelaki atau perempuan, sekalipun dia adalah wanita yang ‘super aktif’, tetapi umumnya wanita lebih menghargai lelaki yang berani berbicara terbuka soal cinta daripada diam seribu bahasa.
# Jangan memujinya berlebihan
Ingin memujinya, bukan tidak boleh asal anda jangan terlalu berlebihan. Pujian yang terlalu berlebihan membuat pasangan meragukan kesungguhan cinta anda. Boleh jadi dia mengganggap anda sebagai lelaki ‘buaya darat’ yang penuh pembohongan. Lakukan pula pendekatan secara bersahaja supaya hasil yang diperoleh kemudian hari lebih berkesan.
Khamis, 18 Februari 2010
Usah Gopoh Ucap Cinta
Dari sagasama blog.
Label:
Cinta,
Panduan hidup,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan