Khamis, 11 Februari 2010

Mayat bayi ditinggalkan di Masjid Perrmatang Duyong

MELAKA 10 Feb. – Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman berkata, bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibaluti dengan kain putih tetapi badannya kemerahan dipercayai digigit semut.

Mayat bayi berkenaan disedari ditinggalkan di masjid itu oleh jemaah masjid selepas mereka selesai menunaikan sembahyang subuh, katanya ketika dihubungi di sini.

Salehhudin berkata, penemuan mayat bayi itu dilaporkan kepada polis oleh bilal masjid itu, Mohamad Abu.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk bedah siasat. – Bernama

Utusan online.

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial