Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing? setiap kali lepas ibu kita bersalin.. si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita.. sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu.. dipanggil sebagai Qarin...
Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.
Seorang ustaz pernah bercerita... beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan.. dia bertembung dengan peorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin.. merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu. Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya.. dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi. Hendak dijadikan cerita.. esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payungnya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi.
Sampai dirumah perempuan tu.. ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut.. dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.
Jika peristiwa itu pernah anda lalui.. atau akan lalui.. jgn terkejut.. kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam. Qarin akan memakai pakaian yang serupa.. cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi.. Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.
Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini.. tak kira jin atau syaitan atau Qarin.. semuanya adalah makhluk Allah belaka. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa membaca.. A'uzubillahiminashaitonirrajim...
insyaAllah.. selamat... .. kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan... .
Wallahualam
Selasa, 17 Mac 2009
Apa Itu Qarin?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan