Rabu, 20 November 2013

OmBaK RiNdU

Hidup ini bagaikan layang layang
Bila angin membadai
Ia terus terbang mencecah awan

Namun...
Bila talinya terputus
Ia hanyut dibawa angin
Menyerah pada takdir
Terdampar dibadai
....ombak rindu...

Isnin, 29 Julai 2013

AiDilFiTri SH

Khamis, 11 Julai 2013

Selamat BerPUASA 2013


.BETAPA CEPAT MASA INI BERLALU.
.RAMADAN TAHUN LEPAS MASIH TERASA.
.HATI YANG LARA DICENGKAM RINDU.
.MENUSUK JIWA TERAMAT BISA.

SELAMAT BERPUASA.
PERBANYAKKAN AMAL IBADAH.
-SUKSES-

RinDu PaDa Mu.

Seiring dengan sambutan ramadan yang telah pun menjelma bersama amalan-amalan dibulan mulia ini aku menjadi semakin merinduimu. Tersangat rindu. Teringat kenangan-kenangan lampau yang membawa hati ini terhiris...pedih dan memilukan. Bukannya aku kecewa dengan cinta ini tapi kemana diri mu menghilang. Sekian lama aku menunggu dan terus menunggu tanpa rasa jemu.

Berderai airmata dimalam hari,
Bertitisan diatas Al Quran;
Pedihnya rasa hati ini,
Menanggung rindu tak tertahan.

Di tepian pantai.. mataku merenung jauh mencari kenangan-kenangan lama yang membuat ku tersenyum, membuatkan ku menangis dalam hati, kekadang hati ku berdegup kencang, apakah kau sudah tiada di muka bumi ini..? Allah Huakbar..aku pasrah dengan ketentuan ini.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan;
Apakah hidup inikan terbiar,
Ketandusan kasih yag kuharapkan.

Setiap detik..setiap saat dihati ini tidak pernah lekang menyebut nama mu, mendoakan dirimu, agar perjalanan hidup mu bahagia sentiasa, kerana kelmarin kau datang  dalam hidupku penuh dengan keindahan, penuh dengan kedamaian, di sulami dengan bebunga mekar mewangi, bersinar memancar kepelusuk ceruk, bepusing-pusing aku menangisi kegembiraan itu.

Panas terik mencengkam jiwa,
Tembus menusuk kehulu hati;
Kini aku merenung masa,
Kerana jiwa dan hatiku kau pateri.

Kemana saja ku pergi..aku pergi membawa bersama cintamu ini...kerama aku takut kau kan pergi...aku pernah berseru pada langit..meminta pada bayu agar sampaikan rindu hatiku yang tiada tertahan ini. Aku sentiasa menunggu hujan datang...kerana ku tahu titisan hujan adalah titisan airmata rindumu.

Setangkai padi tunduk beisi,
Sejambak bunga kembang mekar;
Tak sanggup ku tempuhi hari,
Kurasakan teramat sukar.

Dari Pasir Mas ke Kuala Kerai,
Singgah di Machang untuk membeli;
Rindu mendatang airmata berderai,
Setia menunggu dikamar sepi.

-------------------------------------------

Isnin, 4 Mac 2013

Mendidik para suami


Cerita dibawah ini berlaku dalam seminar  ‘mendidik para suami’ yang diadakan di Kuala Lumpur tidak lama dulu. 

Penceramah pertama ialah seorang wanita Cina.“Nama saya Chong.” Kata wanita bermata sepet itu. “Saya beritau suami  saya.. mulai sekarang abang yang kena buat makanan malam. Hari pertama saya tak nampak apa-apa perubahan. Hari yang kedua pun saya tak melihat apa-apa. Tapi pada hari ketiga saya melihat di atas meja sudah tersedia makan malam.”   “Seluruh penonton memberi sorakan semangat…”Hebat!  Hebat! Bravo!”

Penceramah kedua mencapai mikrofon, seorang wanita Melayu.  “Nama saya Shila. Saya berkata pada suami saya ‘mulai hari ini abang kena bersihkan rumah’. Hari pertama saya tak melihat apa-apa. Hari kedua pun sama.  Tapi pada hari yang ketiga suami saya sedang bersihkan rumah dengan vacum cleaner.” Sekali lagi penonton bertepuk tangan dengan gemuruhnya.

Penceramah terakhir berdiri di rostrum.  “Nama saya Kaliamah dan saya suruh suami saya, Muthu, gosok pakaian. Hari pertama saya tak lihat apa-apa. Hari kedua pun tak dapat  lihat apa-apa, tapi masuk hari ketiga…saya sudah boleh melihat sedikit dengan mata kiri sebab mata kanan masih lagi bengkak kena belasah dengan Muthu” 

 
© free template by Blogspot tutorial