1.Terima Dugaan
Belajar terima setiap dugaan yang datang dengan hati yang terbuka. Ianya membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.
Anda Juga harus menyedari bahawa adanya masalah yang berlaku antara anda dan pasangan anda. Jika anda membuat tidak tahu, maka masalah itu akan bertambah serius.
Bila anda mengetahui bahawa anda dan pasangan anda sedang dalam masalah yang rumit maka dengan sendirinya anda akan mencari jalan penyelesaian.
2.Kongsi masalalah/kegembiraan dengan keluarga.
Pada yang telah berumah tangga, berbincang dan berkongsilah masaalah, kegembiraan dengan pasangan. Pasangan yang memahami akan memberi anda pendapat dan akan menenangkan diri anda. Suami/isteri adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi kerana perkahwinan telah mengikat diri untuk menerima anda seadanya.
Biasanya bagi yang bercinta dan bila menghadapi stress akan menyendiri dalam bilik. Ini kerana baginya, orang lain tak dapat menyelesaikan masalah baginya. Dan satu lagi, baginya ini adalah masalah dalaman yang mana orang lain tak patut tahu. Anda harus buang fikiran sebegitu sekiranya ingin keluar dari stress. Kongsi masalah anda dengan orang yang paling rapat dengan anda iaitu keluarga. Sekiranya anda stress juga dengan keluarga anda, carilah kawan yang anda boleh percayai untuk berkongsi masalah anda.
3. Tambah sahabat.
Gembiranya apabila mendapat sahabat yang baik dan sentiasa mengambil berat kepada kita. Ada pakar pendapat, “hidup berseorangan akan menambah tekanan dan kemurungan”. Orang kata, kawan ketawa sejuta kawan menangis susah nak cari. Carilah yang boleh berkongsi.
4.Menerima diri seadanya.
Terimalah diri anda seadanya dengan tenang. Kemampuan anda ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu di luar kemampuan. Untuk yang dalam lamunan percintaan, bagi anda dunia ini ibarat anda yang punya. Semuanya indah. Sebab itu bila terjadi sesuatu masalah diluar dugaan anda, maka masalah itu akan bertambah besar dengan sendirinya.
5.Dekatkan diri dengan Allah.
Ini yang sepatutnya dilakukan apabila menghadapi stress. Ketenangan hakiki di perolehi dengan mendekatkan diri dengan Allah. Pimpin diri dan keluarga merenung kehidupan bersama Allah. Allah sentiasa mendengar rintihan Hambanya.
6.Sentiasa bersyukur.
Tidak ada kesudahanya jika terlalu ego dengan asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Ada baiknya anda sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku.
7. Sertai aktiviti.
Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika memberi manfaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan SUKARELAWAN. Jangan menyendiri bila anda tengah stress. Jangan pilih aktiviti di alam maya seperti FB dan sebagainya. Kerana ianya bersifat maya, yang boleh membuat anda bertambah murung.
Paling tidak pun, ambil cangkul tanam pohon bunga. Itu akan lebih menenangkan anda….
Selasa, 28 Jun 2011
Cara Hadapi Stress dalam Percintaan
Label:
Cinta,
Info,
Isu hangat,
Panduan hidup,
perkahwinan.,
seksologi,
Untuk renungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan