Khamis, 11 November 2010

Aku Takut

Aku takut
Aku takut pada angin.
Kerana angin sentiasa beralih arah
Yang akan membawa rindu ku
Entah kemana mana

Aku takut
Aku takut pada mendung berarak
Seperti taufan akan datang
Memisahkan kita berdua
Dengan hembusannya yg ganas
Lagi kejam.


Aku takut
Aku takut pada hujan
Kerana hujan adalah butiran rindu kekasihku
Yang sering berduka dalam kehidupan
Aku menangis bersama titisan rindumu.

Aku menjadi takut
Takut akan segalanya
Yang semakin menyerlah nyata
Aku hanya mampu berdoa.
Dan terus berdoa

Kini dikau hilang lagi
Membuak rindu menghiris jantung
Melemaskan nadi kehidupan
Melunturkan kepercayaan.

Aku amat takut
Takut kehilangan kamu
Untuk selama-lamanya.
Akan tiada lagi ketawa gurau senda
Untuk kita hidup bersama.

Ya Allah
Aku bermohon padamu
kembalikan kekasih hati ku
Kembalikan di sisi ku
Aku tidak sanggup menghadapi kehidupan ini
Tanpa kasihsayangnya.
------amin------

0 ulasan:

 
© free template by Blogspot tutorial